Gol Mujagic beri kelegaan buat Sabah

 Pemain Kelantan TRW, Muhammad Farris Izdiham Awang Kechik  (kanan) dihalang pemain Sabah FC, Dinesh Raja Singam (kiri) dalam aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV. Foto: NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Pemain Kelantan TRW, Muhammad Farris Izdiham Awang Kechik (kanan) dihalang pemain Sabah FC, Dinesh Raja Singam (kiri) dalam aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV. Foto: NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Pasukan Sabah FC membawa bekal tipis bagi aksi timbal balik susulan kemenangan 2-1 ke atas Kelantan The Real Warriors (Kelantan TRW) dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu, di sini, malam tadi.

Skuad Badak terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Jafri Firdaus Chew minit ke 13 hasil penyudah bijak dalam kotak penalti.

Tidak menunggu lama, Kelantan TRW menyamakan kedudukan selepas import, Abdul Sesay tenang melorong bola ke gawang Sabah minit ke-16.

Asraf Asraf Alifuddin hampir menjaringkan gol kedua buat Kelantan TRW namun bola bergolek kemas ke dakapan Damien Lim pada minit ke-28.

Berselang tiga minit, percubaan gol kedua Abdul Sesay dibatalkan susulan kedudukan pemain kebangsaan Sierra Leone itu berada pada kedudukan offside.

Gawang Kelantan yang dikawal penjaga gol muda dari Bulgaria, Damyan Damyanov dibolosi pada minit ke-44 menerusi jaringan Ajdin Mujagic.

Keputusan masa penuh 2-1 itu memberi Sabah bekal tipis dalam aksi timbal balik di Stadium Likas pada 29 Oktober ini.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Apa 15 idiom keren yang wajib diketahui?

VIRAL PADA MASANYA!!! Tragedi Kecelakaan Maut Bus Madu Kismo 2015

Ilmu pengetahuan itu tidak mengenal mana yang baik dan mana yang jahat.